Soalan Paling Merbahaya: SEX ITU APA??

haha . gambar disebelah di SENSORE kan pusatnya kerana itu auratnya :P 

Suatu hari seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mama dia..

‘Mama , mama?sex itu apa ma?’Terkedulah si ibu. Terasalah arus  kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan
diselitkan juga dengan kisah percintaan antara dirinya dan suaminya dari zaman universiti lagi sehinggalah kepada kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu..

Selepas begitu panjang lebar dan teliti memberikan jawapan, secara tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ibu kehairanan dan bertanya mengapa dia bersikap seperti itu.

Si anak menjawab dalam tangisan.Jawapan mama tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja. Anaknya terus menyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME      :__________
SEX          :__________
CLASS     :__________
SUBJECT :__________

gambar atas tak de kena mengena dengan cerita nie .hee .. haha . LOL -.-

No comments:

Post a Comment